4.25.2011

mamak mengganggu konsentrasi pembikinan album !




assalamualaikum sayangs semua ^^



huiii ! pe kabo orang kampung sekalian ! hupdate ini merupakan hupdate sepantas kilat berserta kegeraman yang membuak buak terhadap line yang agak sengal nih ! huh ! sebab tu lah cukop tak gemor den mengonlinekan diri kat mamak nih . pehhh line kedukut ! bukak pesbuk berjam jam ! cas nak mahal ! macam sengal ! *opss ! sory nafsu amarah sedang dalam keadaan tak terkawal . -.-'


kita lupakan mamak mamak yang tak hemsem berlagak macam hindustan shah rukh khan ni , kita beralih pulak ke sesi fotogrofi gedik gedik bersama cikgu tomatokering lagi chumill ni ye . ^^


ekceli sabtu lepas ceq , meaw ngan tatia ada buat makan makan menjamu selera mentekedarah dengan sopan menambahkan lemak lemak kami sebelum balik ke kampung halaman masing masing untuk blogger blogger kat utara nih . syiok baq ang !!! nak cerita panjang panjang malas sebab korang pon malas nak baca kan . hehe , kita layan gambar secoet ciput yg ada kat ceq ni hah . ^^




tu dia cik GKSB kuat gelak sungguh . balik balik pengsan sampai tak larat balik USM dah . haha !




cikgu tomato , bulat & kak shida tidoq :P , meaw



kami yang cantekk dan chumill ^^



ni time sesi ice breaking . hingaq habes satu rumah .





memang happy sangat dapat jumpa semua walaupun lastly berkahir dengan air mata yang dah tak mahal lagi nih . huahaha , lepas ni ceq berangkat ke KL dulu ye . tata penang . :'( sayangg and rnduu semua . nanti tengok ye vlog gedik dari kami tu . haha , *ehh ade vlog ? tetttt :P


nak lagi gambaq yang seuper duper chumil , sila right click :



akhir kata : 





peace ala ala gadis melayu untuk semua ! ^^

ukhuwah yang kita bina takkan berakhir sampai bila bila .

WE ARE FAMILY ^^





mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)
agak agak leh capai 2000 bila bukak blog balik KL nanti ? ^^
pehh lenguh kaki jalan 20 minit semata nak online -.-'





4.23.2011

niat nak online 25 jam terpaksa dibantutkan dengan sedihnya :'(




assalamualaikum sayangs semua ^^


secara serius nya entri ni memang entri terakhir dari ceq bernama cikgu tomatokering yang chumil lagi pendiam dan pemalu . :'(




nah p tatap gambaq ceq puas puas -.-'



ceq nak mintak maaf sangat dekat semua . sungguh dah tak boleh nak online dah 25 jam dengan gaya kuak lentang kaki itik lepas ni . dengan sedihnya orang streamyx nak potong dah line tenet ni . ehh bukan sebab tak bayar ye . ni sebab kami akan pindah keluar dari rumah kesayangan ni dan membawa haluan hidup masing masing . :'(


ceq nak mintak maaf jugak sebab tak dapat nak balas jejak bau bau busuk korang yang datang belog coet ni . hehe , maaf sangat sangat ye . insyaallah lepas balik KL seminggu kemudian baru ceq boleh online seperti biasa . segala kesulitan memang sangat dikesali . sob sob :'(





mekasheh ya . janga lupa datang lagi . :')
 kalau rajin ceq p lah mcD online. hihi ^^





4.22.2011

menghabiskan sisa-sisa terakhir hidup ini :')



assalamualaikum laling sayangs semua ^^



pehhh . tak sangka tutup mata buka mata , korek idong , bangun tido , makan , gosok gigi sampai putih , pergi kelas , balik kelas , rupanya dah 3 tahun buat perkara yang sama dalam hidup ni . sekejap je 3 tahun berlalu .rasa rasa baru 18 tahun time masuk poli ni . sekarang pon masih 18 lagi . ^^



muka bebudak umor 18 yang chumill ^^



orang selalu kata "hidup tak selalunya indah" . yess ! i admit it . hidup memang tak indah . kadang kadang jatuh golek golek macam tomato busuk . indah ke ? -.-' yang pasti selagi ceq hidup ni , ceq akan cuba jadikan hidup ni indah seindah indahnya ! ^^


baki sisa hidup yang ceq ada lebih kurang seminggu lagi kat penang ni sebelum balik KL duduk menanam tomato dan membesarkan lemak di perot dan tidur didodoikan mama nanti . *sigh .  


cara ceq nak mengindahkan hidup dan menghabiskan sisa sia hidup kat penang ni :


-- bergelak ketawa berjoli sakan tanpa mengenal erti "poket kering" bersama kengkawan terchenta lagi tersayang .

-- bergelak ketawa berenjoy enjoyan bersama warga warga penang dan jiran sebelah rumah yang tak kenal pon ada . 

-- membuat sesi mengorat ngorat warga penang dan menggila bersama kengkawan .

-- menaiki feri bersama kengkawan terchenta buat kali terakhir sebab tak tahu bila lagi dapat jejak penang nih . *padahal naik feri bukan best pon . -.-'

-- merewang rewang serta merendek tak hengat alam semesta bersama kengkawan terchenta ke seluruh pelusuk penang .

-- bercakap cakap tanpa henti walaupun pendiam lagi pemalu bersama kengkawan terchenta .

-- bergusip gusip tentang jiran jiran , pakwe pakwe hemsem dan makwe makwe hemsem bersama kengkawan terchenta .

-- beriang ria bergelak ketawa mengimbau nostalgia lama bersama kengkawan terchenta . *errr

 akhir sekali 

-- menangis bersama kengkawan terchenta setelah berhari hari beriang ria raya . huwaaa~ -.-'



tak puas lagi ! terlalu banyak menda kalau buleh nak dilakukan bersama kengkawan terchenta lagi tersayang lagi the boom kebabomm !! will miss korang semua !!! huwaaa ~ :'(



lebyu all poreber and eber !!!!!!! :')



gudbai penang . :'(
mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)




4.21.2011

jiran ingat saya bisu -.-'



assalamualaikum sayangs semua ^^



memandangkan idea tak selalu datang mencurah curah ke ladang , so kalau sekali idea dah datang bergolek golek seperti tomato bulat yang gebu lagi sedap better terus hupdate kan . even perot tengah lapor , nasik mengilai ngilai kat sebelah bersama ayam gedabak menjerit , jari tetap gagah demi menjaga belog jiwang bunga bunga oren pink ni . hehe ^^



iklan : right click gambar :)



ni kembar hindustan ceq . biasa menari joget hindustan ngan dia lah . hihi , kembar ceq pon ada belog taw . korang mesti suka dia . dia meletops bim bom . ^^  orang kata muka kami sama . sama tang pipi kah ? :P




sambung :


ramai yang tak tahu lagi kan perangai ceq . dalam belog bukan maen lagi lah bebel sesuka hati p sana p sini ngorat orang . opss ! ^^ tapi hakikatnya kalau korang nak tahu ........


-- ceq memang sorang yang sangat sangat penakut , pemalu dan pendiam kuasa infinity lah !


ceq ingat lagi time ceq kecik kecik chumil chumil lote miaw miaw dolu kan , mama ngan abah suka bawak ceq jengjalan . bila mama g sekolah , abah g tembak orang kan (polis) , pagipagi kena hantar pergi rumah jiran (mak yah) hujung sekali . mak yah lah jaga ceq .


tapi sekarang ceq dah besar . mama ngan abah pulak jaga ceq tu pasal badan besau gedabak . ^^ bila dah besar ni mengmacam lah cerita keluar pasal kecik chumil dolu kan . mengimbau nostalgia lah katakan . *sastera sungguh . -.-'


nak dijadikan cerita , satu hari tu mama cerita lah :

mama : qa , ko nak tau tak ? cerita zaman kecik chumil ko dolu ?

ceq : ape nye ma ?

mama : mak yah ingat kau bisu ! hihihi *gelak sambil tutup mulut

ceq : errrr *terkedu . sob sob . huwaaa~ sambil ketawa . haha ! :')



hahaha ! ceq rasa memang kelakar giler lah time mama citer ni . *oke tak kelakar bagi korang . -.- bukan apa . korang bayangkan , pendiam ceq tu macam mana . sampai orang ingat ceq bisu . sadis sungguh . --' nasib baik realiti still boleh bercakap dengan lancar tanpa tergeliat lidah dan bergelak ketawa tanpa had . hehe ^^


dalam family , semua pernah hilang time kecik kecik . tapi ceq sorang je yang tak pernah hilang bila g jengjalan memana . sebab ? sebab ceq memang sorang yang penakut . tapi bukan takut hantu . huhu then bila ceq dapat buat sekali macam ni , ceq memang rasa gumbira tak terkata sangat sebab ceq berjaya halau perasaan takut tu . ^^


bab pemalu tu perghhh . memang dolu sangat pemalu . BACA NI .rasa seksa . -.-'


kadang kadang dalam hidup perasaan takut , malu tu memang kena ada kan . cuma fikir jugak lah kesan dan biar kena pada tempatnya . ^^ kalau boleh ceq tamo lah jadi pemalu and pendiam sangat . sebabnya , disebabkan dolu ceq pendiam yang melampau lampau kalah orang bisu , sampai sekarang ceq memang tak reti nak bercerita and lagi suka pendam perasaan sorang sorang . seksa jugak . -.-'


thats way lah ceq sendiri rasa yang belog ceq ni tak best sebabnya ceq tak pandai nak bercerita walaupun ceq ada banyak cerita nak share dengan korang . -.-'





dah sejak azali lagi perangai dah macam ni . --'
 mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)




harap dapat jadi cikgu dari mengaggur ^^'



assalamualaikum lalings semua :)



pagi pagi tadi ceq dah melakukan satu aktibiti senaman yang kurang digemar untuk meregangkan otot otot saraf tunjang yang ada sampai naik krem kaki ni . nak tau aktibiti apa ? kemas rumah . mop lantai . sapu sawang . sental menyental . ceq anak dara yang rajin kan ? miahahaha *nampak sangat tak selalu kemas rumah sampai lenguh lenguh -.-'


bukan tak selalu walaupun memang tak selalu . cuma maklumlah , ceq kan student yang begitu menitik beratkan soal pembelajaran sehingga terabai segala makhluk halus (habuk) yang ada kat sebelah ni . korang jangan malas malas , kebersihan tetap kena jaga tau . ceq sebenarnya rajin tapi kalau ceq cakap ceq rajin kompem kompem korang yak kuar tahi ijau nanti . ekekeke ^^



iklan : right click gambar




kalau dapat ayor melo ngan biskut time time nih sodap jugok ye . lagi lagi yang free . mabaeles ! ^^ korang nak free tak ? korang puji puji sikit tuan dia kompem tuan dia kasik free . tapi neslo bukan milo . hihi




oke sambung cerita . 




tadi macam biasa hari hari mama calling calling . hari hari jugak mama tanya dah kemas barang belom ? errr lambat lagi kot nak balik KL . ada seminggu lagi nak habiskan sisa sisa hidup kat penang terchenta ni dan merewang rewang dalam penang bersama kengkawan tersayang . :'(


siapa orang penang nak jumpa ceq sila buat appoinment awal awal . diary kesayangan dah penuh dengan date date ni . wahhh . bajet hot ekau ye . ^^



adehh kalau cerita je meleret leret . mahaf ye . :P ekceli nak cerita mama call tadi cakap kat sekolah mama ada tawaran jadik cikgu sementara . hihi , seronokkkk kot !! tapi tak tahu la tawaran tu still open ke tak memandangkan ceq balik KL hujung bulan ni . -.-'




dan memandangkan menjadi seorang penganggur setelah tamat belajar amatlah tidak sesedap dari memakan anggur membesarkan lemak lemak , maka dengan sukacitanya ceq nakkkkk sangatttt jadi cikgu tu even sementara ! dapat ajar bebudak yang chomell chumill macam korang . hihi ^^




korang doa kan tau ceq dapat ! sayanggg koranggg ! ^^








mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)




4.20.2011

bermulanya rancangan tomato golekgolek ^^



assalamualaikum laling sayangs semua ! ^^


wahhh~ bertemu kita kembali dalam rancangan tomato golekgolek ! *eksaited lebih . miahaha , maklumlah , melompat terkinja kinja macam beruk dapat bunga . tapi ceq bukan beruk , dapat bunga pon tak penah . ada siapa siapa baik hati lagi suci murni nak bagi ? *winkwink ^^



ini bukan muka beruk dapat bunga tapi muka gorila dapat melantak dengan lahap sampai juling bijik jibik mata . -.-'



korang semua mesti tertanya tanya kan dah berapa hari ceq menghilang senyap sunyi tanpa berita dalam belog . *oke ceq perasan --' ekceli streamyx kena sambar petir hari sabtu lepas . padan muka kan ? memang kena sangat kena sambar petir time time orang ngah sebok nak exam . --'


ada hikmah jugak lah streamyx nak short time macam ni . at least ada banyak masa untuk study berbanding aktibiti kegemaran berblog sepanjang hari . --' memang ALLAH nak uji tahap kerinduan yang melampaui batas kat belog yang dah kering sebab korang tak siram selama ceq tak dak . sampai hati --'


and untuk pengetahuan korang semua :

yeyyyy !!! ceq dah habis exam ! maka dengan ini korang silalah sudi sudi mendoakan result exam ceq oke and terbaik ye . hihi ^^


maka mulai hari ini , syaiton nirrajim pon memang dah buhsan nak goda goda ceq lagi untuk mengadap laptop yang dah berhabuk habuk ni sebab selama 25 jam tanpa henti ceq akan online sepuas hati tanpa mengira bil letrik yang tuan rumah akan bayar nanti . hahaha *gelak syaiton .


so , dengan hati gumbira lagi suka dapatlah ceq online dengan gaya kuak lentang sambil golekgolek malam ni dan hari hari berikutnya sampai tak lalu tido tapi masih lalu melantak sesuka hati pasnih . dan dengan suka hati nya memang akan ada banyak hupdate belog *kalau rajen -.-' dari ceq sampai korang pon dah jemu agaknya . ^^'


korang yang ada exam tu jangan jeles oke ! goodluck cayok cayok kat semua ! ^^





mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)




siapa yang saya tak follow lagi ? ^^



assalamualaikum semua :)



disebabkan masa yang terlalu banyak tak tahu nak buat apa selain mengepam badan ni hah , dengan sukacitanya ceq nak follow semua belog yang dah follow ceq . heheh


yang ceq tak follow lagi tu mintak maaf sangat sangat sebab kebizian yang melampau lampau . huhu , so tengah ada masa ni please tinggalkan link korang . ceq nak follow . :'(


ada yang ceq tak dapat follow sebab tak dapat link , then ada yang terlepas pandang . kalau boleh tak nak lah terlepas follow korang sebab nanti kang ada pulak kata ceq sombong . huhuk , tamo camtu taw ! :'(



tinggalkan link tau . sayangggg korangg ! ^^





4.13.2011

bukan semua orang suka kita :)



assalamualaikum sayangs semua ^^



ouh pagi yang cukup indah di mana buku buku kegemaran diletakkan di tepi dan belog kesayangan melambai lambai mengilai ngilai memanggil manggil . *err part mengilai tu serem sikit . maklumlah 4 pagi sekarang ni . --' bukan maen idea mencurah curah timbul time time genting nak exam ni . pehhh . kalau time bohsan , secoet idea pon tak nak timbul . tenggelam memanjang . 


adat student lah kan nak dekat exam bukan maen sibuklah tak tido sampai subuh then bangun meninggi hari . kalau study nya lebih tak pe . ni pantang syaitonnn nirrajim goda sikit terus tutup buku ngadap laptop yang lebih sedap mata memandang ni berbanding buku buku yang chantekk berbalut tu . ^^








iklan 5saat




oke teringat mama pesan belajar rajin rajin jangan pesbuk je . ehh mama jangan risau iqa dah deactivate pesbuk tapi mama perlu risau iqa ada belog . --'




perghh meleret leret pulak muqaddimah je dah 15 menet . -.-'




bila semua orang suka kita , muka kita akan nampak bahagia memanjang . rasa macam " ouh the whole world are looking to me . how grateful i am . " ^^




bila ada yang tak suka kita , mula lah rasa resah gelisah . kenapa orang tak suka kita ek ? kenapa dia pandang kita mcam tu ek ? padahal bukan kenal pon . --' adatlah memang sikap manusia macam tu kan . pergi lah mana pon memang kompem ada yang tak suka . orang chantek peymes macam fasha sandha tu pon ada tak suka . --'


kita kena ingat walaupun kita tak kenal semua orang , tapi ada yang kenal kita . macam dalam belog nie . kadang kadang kita tak kenal orang tapi orang tu kenal kita . dan sebaliknya .




bagi ceq lah kan , bila ada yang tak suka kita , kita patot bersyukur jugak sebab dari situ kita boleh tahu di mana kelemahan diri kita . dari situ kita boleh perbaiki diri kita . dan dari situ kita boleh sempurnakan diri kita . 




kita tahu memang semua tak boleh jadi sempurna . tapi kita kena cuba jadi sempurna kan ? kalau kita rasa kita dah cukup sempurna , memang sampai bila bila kita tak akan ubah sikap kita untuk jadi lebih sempurna dari sekarang . ^^




so , kalau lepas ni korang rasa ada yang tak suka korang kan , better korang muhasabah balik diri korang fikir balik dan cuba ubah sikap korang . jangan korang rasa korang betol memanjang . setiap benda yang kita lakukan mesti ada kesilapan tak kira kecik atau besar . :) .




semuanya bergantung pada cara pemikiran kita jugak . semua ni hanya pandangan peribadi ceq . segala pandangan lain amatlah dialu alukan untuk mengomen di ruangan tomato golek golek . sekian . ^^




ehh jangan lupa datang belog INI . memang sentiasa tak kering idea mamat nih . sangat geram okeh ! ^^





mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . ^^





4.12.2011

surat cinta untuk semua peminat :')




assalamualaikum laling sayangs semua :)



perghh tajuk macam lah i hot kalahkan fasha sandha pulak kan . kalau si yoyo tu yelah kompem kompem ramai peminat terkejor kejor sampai ceq pon tak larat nak ligan . opss keluaq bahasa utagha pulak . :P



dah tamo merapu dah . ini entri serious dan sedih . korang silalah baca dengan penuh emosional nya kalah rita rudaini dalam mami jarum oke . jangan lupa sediakan tisu -.-'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.

ekceli hari ni ceq nak bagitahu semua yang pesbuk ceq yang tersayang lagi terchenta akan deactivate kan tepat pukol 2 pagi nanti . kenapa 2 pagi ? sebab 2 pagi semalam ceq dah decide akan deactivate pesbuk selepas 24 jam kemudian .bila ceq akan active balik ceq tak tahu . korang yang ada pesbuk ceq tayah dah gatal gatal cari pesbuk ceq oke . it will not be there anymore .



korang nak tahu , ceq memang sayangggg pesbuk sangat . why ? becoz of bloggers yang ada dalam tu . especially KBU members . korang memang ceq sayangggg sangat sangat . ceq dah anggap semua abang abang , kakak kakak , adik adik . ceq memang tak pandai nak luahkan perasaan kat orang . but once ceq dah sayangg ceq akan sayanggg selamanya . :')


ceq tahu mesti ada yang tak puas hati dan geram dengan apa yang ceq buat ni . ceq tak de pilihan lain dah . ni lah satu satu nya cara . ceq bukan LEAVE KBU or SB or BTO and other group . ceq just deactivate my acc je . :)

ceq nak korang semua tahu yang berat hati sangat nak buat camni . tapi korang tolonglah faham ceq oke . :')


korang lah yang dah buat ceq hidup ceria selama ni . 

sebab korang semua ceq dapat semangat ceq untuk blogging . 

sebab korang ceq dapat belajar banyak perkara . 

sebab korang ceq semakin matang

paling penting sebab korang lah ceq rasa disayangi . 

ceq sayanggggg sangat sangat kuasa infinity kat korang ! :')



kenangan dengan korang semua takkan ceq lupa . semua yang kita borakkan , gurau senda kita , usik mengusik kita (macam lagu pulak --) semua tu takkan ceq lupa . pengalaman hang out dengan korang takkan ceq lupa . 

ceq rasa happy yang tak terhingga dengan korang . tak dapat nak bayangkan ceq akan tinggalkan korang buat sementara waktu ni macam mana . seriously akan miss korang damn much ! :'(










semua bloggers yang ada dalam pesbuk ceq ceq sayanggg sangat sangat . korang jangan tanya kenapa ceq tutup pesbuk tu . ceq just nak bagitahu yang ceq perlu fokus pada study dan perlukan ruang dalam hidup ceq . ceq perlukan masa . ceq rasa ceq dah buat keputusan yang betul . ceq tak kan berpesbuk lagi tepat jam 2 pagi nanti .




terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni dan ceq dah pon buat keputusan yang memang takkan berubah lagi sampai bila bila . FULLSTOP ! *leh caye ke ?



lastly , ceq nak mintak maaf sangat kat semua bloggers yang kenai ceq dalam pesbuk . sudi sudi tegur ceq . sudi bercakap dengan ceq . sudi segala galanya lah . ceq mintak maaf andai tingkah laku ceq semasa kita gurau gurau dalam pesbuk korang tak senang . semua tu memang kesilapan dari ceq andai korang terasa hati dengan setiap kata kata ceq . ceq masih KBU . ^^


ceq minta maaf kalau ceq tak dapat nak puaskan hati semua orang . ceq mintak maaf atas segala galanya . korang maafkan ceq ye ? :') ceq hargai sangat korang yang ada dalam hidup ceq . korang semua memang awesome ! korang memang tip top dan terbaik ! korang memang yang tersayang lah !


ceq sayangggggggggg korang !!!!!
*hingus meleleh -.-'


 surat ni untuk semua blogger yang ceq kenai . bila ceq akan active pesbuk biar masa yang tentu kan . insyaallah the day will come . ^^


sory and special tengs to cik gk,nora,pakcu,kak shida,hadi,adi suda,daus,adam,abg long nadh,nadzli,papa khai,syukri straw,erin,TTM,yuyu,farhana,IR,encik angah,kak aima,naniey,shah jihan,onie,tatia,cik zai,atiqah,bad,hajar,aifaa,oshin,iqbal hakimi,wootwoot,nub,niq,enna,kak sunah,amalina,WANY and semuaaaa bloggersss pesbuk ! <3<3<3




cara ceq macam lah tak jumpa lagi kan . hihi :P

mekasheh ya . jangan lupa datang lagi .
blog tak akan ditutup . don worry . :)





4.11.2011

dia lah lelaki bertopeng yang saya cari :)




assalamualaikum laling semua :)



amaran keras . entri ini bukan entri jiwang , mengada , gedik *walaupun mungkin ada sikit . --' ouh sesungguhnya korang mesti tertanya tanya pasal entri YANG NI kan ? ramai tertanya tanya ekceli siapakah beliau ? dan ramai yang syak memang betul ceq suka beliau . 


sekarang ceq nak buat pengakuan berani jujur dekat korang semua walaupun ada rasa malu malu sikit . hihi memang betul ceq dah suka beliau oke . ceq pon dah melamar beliau menjadi kekasih belog . *buat muka tak malu lamar orang ^^


beliau yang ceq maksudkan ialah lelaki bertopeng ni . beliau pon dah terima lamaran ceq . hihi *dengan muka blushing shy shy cat . ^^  nak tengok siapa tak ? :))

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaa ! :D




pehhh , hensem kan ? kalau real korang nak tengok muka korang pergi lah usha belog beliau . tapi beliau masih tetap bertopeng oke . beliau lah lelaki yang selama ini menjadi idaman hati ceq . auwww ^^
*sesungguhnya korang pon kena tahu ketika ceq menaip entri ini muka dah umpama pakai mekap tebal 50 inci . --'








haha ! korang sila lah jangan tertipu . beliau hanyalah laling ceq dalam belog tercinta ni oke . hihi ^^ tapi ceq memang suka dengan belog beliau . *saja besaukan blog tu . --'  belog laling laling ceq ada kat sidebar tu tau . ^^


ada dua orang laling tersayang ceq . lagi sorang si photographer tu . i LIKE him so much . ^^


korang sila sila lah ek rajinkan diri tengok belog dorang . dorang memang cool and sporting . ^^




mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)
semua laling laling ceq ceq sayang tau . ^^






4.10.2011

sendiri pon seronok :)




assalamualaikum laling semua :)



kepala hotak agak sengal sengal ubi , pening pening ubi , gila gila ubi , ngek ngok ubi dan bermacam segala ubi lah . *err tak tahu kenapa ubi , mungkin sebab ubi sedap di makan kot . --'


entri ni berkisarkan mengenai seorang budak hingusan yang selebet berjalan keseorangan tanpa tujuan demi mencari ketenangan dan kegilaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini . yess budak ni memang penakut sangat sampai nak keluar rumah pon mesti berteman dan pergi mana mana pon harus berteman takut ada orang culik lah katakan . --' jangan ingat budak selebet tak de orang nak culik tau . ^^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pukol 3 petang




ada seorang budak dengan beraninya *buat buat berani* telah menaiki makhluk 701 dengan bersendirian dengan memakai kasut tumit tinggi kegemarannya . hanya satu je hala tujunya . untuk mencari keseronokan dan menggumbirakan hatinya . ^^





hanya dengan berbekalkan perot yang kempis akibat kelaparan daripada malam tadi dan ditahan sehingga petang , memang tak de tempat lain nak dituju selain kedai makanan A&W yang agak boleh tahan sedapnya sampai order pon banyak and at last tak habis . --''



semua ni makan sorang sorang . maklumlah nak qada' balik sebab tak makan dari semalam . ^^




lepas makan dengan perot yang dah kembung buncit lagi gendut , budak ni pergi la shopping baju sorang sorang . wahh ~ rambang mata pulak . --' tapi yang menjadi keutamaan bagi semua opkos lah yang murah tapi cantek kan ? *winkwink ^^




beberapa jam kenudian .....





balik balik budak ni rasa macam nak pengsan sebab menyesal pakai kasut tumit tinggi kegemaran sampai kaki pon sakit sakit . --' tapi nak tahu apa yang budak sorang ni dapat ? ^^





-- budak ni rasa seronok sangat sangat sebab selama ni dia tak pernah keluar sorang sorang . ^^

-- budak ni seronok sangat sebab dia dah buatkan diri dia berani . ^^

-- budak ni seronok sangat sebab dia dapat buktikan yang dia boleh berdiri atas kaki sendiri . ^^

-- budak ni seronok sangat sebab dia dapat cari kegumbiraan dan keseronokan walaupun bersendirian . ^^

-- budak ni seronok sangat sebab akhirnya dia kembali happy . ^^





bukan semua benda kita buat memerlukan teman yang sentiasa ada di sisi . kadang kadang kita jugak perlukan ruang dalam hidup untuk bersendirian dan memikirkan tentang hidup . bila bersendirian , time tu lah kita akan fikir mengenai segala galanya apa yang harus dan apa yang tidak harus dilakukan dalam hidup kan ?


so , siapa kata jalan sorang sorang tak best ? sebenarnya bersendirian tu lah menjadikan hidup kita best sebab tak semua orang dapat buat dengan sendiri . ^^






mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)
*setiap orang perlukan ruang dalam hidup . ^^





 
Fully Design By Izza sakura | For SIMATAFANDA2013 ©| Best View: Google Chrome