5.31.2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip



assalamualaikum semua ^^


korangg oo korangg .. jomlah join nisa punya GA . teruja ceq tengok sponsor yang ramai and teruja tengok hadiah dia . mana lah tau kot melekat hadiah tu . hehe





ni list sponsor nisa :



*amacam teruja tak ? hehehe ^^'





5.30.2011

awak bukannya pandai sangat . *tangan ke bahu mata ke atas*



assalamualaikum laling semua :)


tajuk entri kemain lama dah tulis . tergendala sat gara gara satu family merengek lapar . apa lagi kena goreng bihun pulak . apa motif lah nak cite menda nih . -.-'' *eleh , nak kata pandai masak le tewww .


makin hari makin berdabar dup dap dup dap bunyik jantung nih . ada orang nak datang pinang ke ? cett perah santan sungguh . -..-'' bukan lah . ekceli sebab tak sabar nak tunggu result dapat masuk degree ke tak . dok rumah je tanam lelemak yang dah dekat se-tan nih . aigooo ~ -..-' harap harap dapat , dah lah malas nak kerja kan .


teringat dolu dolu masa darjah 6 . dengan tak berapa rajin masa UPSR dapat lah 5A . tu mesti berkat doa ibu kan . hehe , then ada sorang KAWAN ni boleh cakap camni , " afiqah , awak dapat 5A ke ? awak bukannya PANDAI sangat ." daa ~ berani dia buat hot statement macam tu kan . tahu lah awok tu pandai . -..-''


*tengoklah aku pandai ke tak pandai kekecik dolu . lalala~*


ada pulak kan orang poyo macam tu . nasib baik aku nerd lagi time tu . buat pekak je . kalau macam sekarang nih , mahu aku pelangkong je kepala dia . *kijam gilos . ada aku kesah ? haha , tapi syukur alhamdulillah walaupun tak berapa pandai , ceq masih mampu dapat result oke untuk PMR , SPM , dan yang penting dah dapat habis diploma dengan pointer yang bagus . alhamdulillah sangat sangat .


-- biar lah tak berapa pandai dalam pelajaran , asalkan kita dah cuba berusaha jadi seorang yang pandai dan amalkan ilmu ilmu yang ada . :)

-- biar kita tak pandai dalam pelajaran , asalkan kita pandai gunakan otak dan pemikiran kita untuk menjadi seorang "manusia" :)

-- abaikan je apa yang orang kata tentang diri kita , asalkan kita tahu siapa kita sebenarnya dan di manakah tahap kita berada . :)



huishh dah macam ahli felsafah pulok . kekeke , 




mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)
jangan lupa jugak doakan ceq dapat sambung degree oke . :)





5.28.2011

raya nak dekat kan . jom nak paksa korang shopping ! :P



assalamualaikum laling semua ^^


apa la mimpi . raya pulak fikir . puasa ganti dah sudah bayar ke belom entah . fikir seronok seronok je nak raya ek korang nih . *korang jugak jadik mangsa . kekeke :P


lai lai lai rapat rapat dengan ceq . ceq nak tunjuk barang baik punya . kompem tak menyesal kalau tengok . sangat cantekk maa . sukak sukak tau ! ^^

















hoisshhh ya ampun . post bebanyak gambar kat sini membuak buak nafsu ceq gara gara digoda syaitannirrajim . haha , mana tak nye , berkilau kilau meghelip habes .


seriously baju dia memang lawa lawa oke . ceq dah pergi kedai dia kat perak . perghh nasib baik peladang je , kalau jutawan mau ceq borong semua . hehe , baju dia pon ceq dah try pakai dan sangat selesa serta sangat cantik oke ! memang kalau korang pakai korang akan terasa cantik sangat ! yang penting rasa kurus . err ><'


harga pon berpatutan . kan dah nak raya kan . apa kata mana yang tak ada duit lagi tewww lekaih lah kumpul kumpul duit lebih sikit . dapat beli berpasang pasang sekali untuk ceq oke . nak komisen jugak . *err asal mintak kat korang pulak kan . hehe ,


jom lah korang shopping shopping kat sini . nama pon dah cantekk dah ni . baju baju dia lagi cantekk tau . korang boleh deal deal dengan akak ni . akak ni cousin ceq sebenarnya . hehe ^^





mekasheh sudi shopping ye . hihi ^^
err untuk laki takdek la . sory . hehe
dah aim satu dah untuk raya ni . ^^






5.26.2011

suka hati je nak menunjuk header baru kau yang konon harga RM2000 tu ek ! -.-'



assalamualaikum laling semua ^^


hamboih ~ panjang bebenor pulok tajuk entri ni ye . tak pernah pernah tajuk entri panjang dari isi entri . *dusta sungguh . tapi korang jangan silap baca pulak . sila baca tajuk entri tu dengan nada lemah gemalai lagi lembut mengalahkan rambut model iklan sunsilk oke .


ceq nak mengutuk ni . kalau korang tak nak baca tak pe . tapi kalau dah terbaca sila komen di ruangan tomato golek golek . nanti ceq bagi pri tomato tuh . lalala ~ 


korang tengok gambar gambar kat bawah ni dan baca dengan penuh emosi ye . 


ni header pertama ceq dulu . disebabkan first time buat blog kan , mana lah tau menda alah semua ni . kemain chomel lah sangat kan header ni . ceq pilih HTF nie sebab ceq sangat sukak dengan katon ni damn much !



ni pulak header kedua ceq . ekceli ni watermark tapi memandai buat header kan . maklumlah dolu dolu kepingin sangat nak ada header . *pehh desperate housewife sungguh -.-' yang ni kak nadia buatkan . chomel kan kan kan ? *siapa tak cakap YE ceq pukol laju laju .



tadaaa ! yang ni memang ceq paling sukak lah ! memang kebabom bagi ceq . ni pon atas belas kasihan orang sambil buat muka seposen hati kering dan tak segan silu sambil tutup muka dekat tuan punya belog ni . haish nasib baik tuan punya belog termakan pujuk rayu ceq . haha ! :P


hasil titik peluh memalam sampai ke pagi dengan mendownload dan mempelajari tutorial adobe yang tak tahan beno susahnya akhirnya header ni yang dapat ceq buat ! *baca dengan satu nafas je oke . pehh konon cantik dari dulu lah header tu kan . berlagak nak buat sendiri . -.-'


haaa , yang ni pon hasil titik tak berpeluh malam tadi buat . simple je . tak tahu lah ceq apa motif rerama 4 ketol tuh menempek kan . kalau ikut nak halau je sebab rerama tu takleh nak bergerak macam budak cinonet nih . tapi tak sampai hati nak halau . dan ni lah header yang harga RM2000 tuh ! 


sebab tukar header berharga RM2000 :

-- bosan tengok belog macam tak bernyawa . 

-- seriously rasa malu menempek muka besar tu .

-- seriously malu bila orang bukak belog je tengok muka yang konon chumil tuh. huhuk

-- saja nak test buat header sendiri . *ye tahu lah buruk -.-'



demikian sahaja sebab sebab nya . semua sebab tu tiada kaitan dengan awak awak semua ye . hehe , harga RM2000 tu memandai je kan letak . bukan apa , tengok dah setakat 6 bulan 2 minggu satu hari ni , ceq ada 2000 lebih follower . alhamdulillah setakat ni ceq bahagia dengan semua follower ceq . wahh gitu . ^^

setakat ni jugak ceq sayang korang tau . kalau buleh hari hari nak jenjalan kat 2000 lebih belog yang ada dengan hingus meleleh leleh . tapi . . . ceq hanya manusia biasa yang juga terpaksa melakukan rutin harian yang luar biasa hari hari . hehe


errr sory korang tak sedar membebel lama sangat . haish , orang pendiam macam ni lah kan . hehe



mekasheh lah korang sanggup baca bebelan ceq . 
bukan senang nak bebel pepanjang nih . :P
sampai sekarang carik gambar tomato cecantik tak jumpajumpa -.-'



5.25.2011

macam mana kalau korang kena kacau dengan laki orang -.-'



assalamualaikum laling semua ^^


semua yang diceritakan di bawah adalah berdasarkan pengalaman sesuatu , ehh seseorang yang dirahsiakan identiti nya . maka tiada kaitan dengan awak awak semua ye . cuma nak mintak pendapat je andai kata korang pernah alami situasi macam ni . hehe ^^


iklan jap : must right klik oke :)

putera raja hemsem *jangan kembang semangkok :P

&

budak takde lesung pipit *sweet simply blog :)




situasi dia macam ni : 

--> korang balik lah kampung kan , then ada pulak sorang sepupu korang yang memang dah korang tak penah jumpa . kecik kecik dolu ada lah kot kan . tapi memang korang tak kenal lah kan . *err terok tak kenal sepupu sendiri . -.-'

--> then , sepupu korang tu tegur tegur lah korang . nama pon sepupu kan . takkan nak sombong kan . heh , pastu , last sebelum balik dia mintak nombor korang . korang pon bagi lah kan . dah sepupu , apa apa nanti senang lah nak contact right ?

--> after dia balik je , dia terus mesej korang . err *agak tak sedap hati lah kan . sebab lain macam . korang balas biasa biasa jela kan . makin lama makin kerap pulak dia mesej . pehh , ingat kedit penat penat topup untuk dia je ke ? cett -.-'

--> masalahnya , first , dah la sepupu korang . then , suami orang . sampai memalam pon dok hantar mesej takde keje lain ke . grr . kalau ikutkan hati nak hempuk je kan . nasib baik dia dah tua . haha *ehh aku pulak yang emosi . :P

--> orang yang dirahsiakan identiti tu memang tak balas segala mesej dari PAKCIK tu sebab awal awal dah rasa lain macam kan . rasa rasa dua tiga mesej je orang yang dirahsiakan identiti tu balas mesej PAKCIK tu . tapi sampai sekarang PAKCIK tu tak faham bahasa ke ganggu orang memalam . pergilah tidur dengan anak bini teww . -.-'



korang bayangkan situasi korang macam situasi kat atas . apa yang korang buat ? sila luahkan di ruangan tomato golek golek di bawah .


kalau i lah , tak kuasa nak melayan . kalau macam tomkrus ke , jonydepp ke nak jugak i layan . auww ~



mekasheh ye sudi jugak korang baca sampai habis .
habis tak ? kantoii . hihi :P





kadang-kadang berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata :)



assalamualaikum semua ^^


huwaaa ~ sekarang ceq dah jadik macam chipsmore lah . kejap ada kejap tak de . blog pon tak hupdate . tak dek rasa kasih sayang langsung kan . huhu 


bukan tak nak hupdate , tapi banyak sangat lah benda nak buat . *padahal makan tidur je kat rumah . -.-' last hupdate minggu lepas kan . terok betol lah ! grrr ...


kesian korang dah follow follow , blogwalking . tapi jangan risau . lepas nie ceq akan merajinkan diri untuk blogwalking dan follow semua blog secara pukal dengan menaiki kapal selam . kekekek :P


sekarang , masa yang baik dan sesuai untuk ceq bangkit balik dalam hidup and dalam blogging kan . wahh poyo pulak kan . -.-' 
dah lama sangat ceq diam diri . bukan apa , kadang kadang kita perlu dan kena berdiam diri untuk muhasabah balik diri sendiri kan . kalau setakat bercakap je no point tak guna jugak kan . hehe , 



time to wake up ! go go chayok ! ^^





mekasheh ya . jangan lupa datang lagi tau . ^^




5.16.2011

aku ingin berubah :')




assalamualaikum semua :)


wahai ALLAH kau yang satu . engkau yang mempunyai segala-galanya . aku memohon pada-MU , berilah keampunan kepada kami . sesungguhnya kami tidak terlepas dari kejahatan dan dosa ya ALLAH . engkau berikanlah peunjuk kepada kami ya ALLAH . sesungguhnya kami sebagai insan yang lemah disisi-MU hanya mahu berubah . engkau terangkanlah hati kami ya ALLAH supaya dapat menerima hidayah-MU . 






















ya ALLAH , aku sedang berusaha melaksanakan segala tuntutan-MU . aku tidak mahu terlepas satu pun ya ALLAH . betapa hinanya aku telah banyak yang telah aku tinggalkan dan telah banyak aku lewatkan . kau jauhkanlah segala godaan syaitan daripada ku . kau berikanlah petunjuk dan hidayah-MU . kau berikanlah ketabahan untuk ku ya ALLAH . 

ya ALLAH , aku akan cuba bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala tuntutan-MU . mungkin selama ni aku telah lalai dan leka . terlalu banyak perkara keduniaan yang telah aku fikirkan ya ALLAH jika hendak dibandingkan dengan perkara akhirat nanti . astaghfirullahalazim3X . 

ya RAHMAN ya RAHIM ya RABBI , hanya pada-MU ya ALLAH aku berharap . aku tahu kau telah menciptakan sesuatu yang terbaik untuk ku ya ALLAH . hanya pada-MU tempat ku bermohon dan meminta perlindungan daripada syaitan yang sentiasa mengganggu dan  menyesatkan ku ya ALLAH . . .


perubahan mesti dilakukan bermula dari dalam hati . terlalu banyak yang perlu diubah . tapi , menjaga solat merupakan keutamaan dari segala hal kerana dari solat yang sempurna dapat menjauhkan kita dari segala maksiat . kau peliharalah kami ya ALLAH agar kami bakal mendapat tempat di syurga-MU . insyaallah . :)

semoga sedikit perubahan membawa perubahan yang besar dalam hidup . aminn .



untuk yang nak join , jom . insyaallah sama sama berkongsi perubahan masing masing . :)



picit taw ! ^^




mekasheh ye . jangan lupa datang lagi tau . :)
selamat hari cekgu ! ^^





5.15.2011

kuliah subuh seminit je :)



assalamualaikum semua :)


wahhh ~ tetibe semangat subuh datang pepagi nih . sekarang ni makin lama makin melupakan blog yang pernah menjadik kesayangan ketika dahulu . ehh sekarang pon sayang lagi . hehe , bukan apa , tekanan perasaan sedang melanda diri sekarang nih . abaikan . -.-'


iklan jap : picit taw ! ^^


pergi jumpa owner comel kat atas pastu mintak pizza kat dia . ^^



" Tiada Solat yang paling berat bagi orang munafik melainkan Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun mesti dengan merangkak.." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ) 
 
 
insyaallah , orang cakap bangun subuh membukakan pintu rezeki kita . tak kesah lah rezeki apa pon , roti , biskut , mihun , err ingat makan je pagi nih . -.-' untuk sesiapa yang bangun lambat tu tolong lah bangun awal awal sikit . korang nak kena rotan ke hah !  *macam sendiri terkena je -.-' 



kita tak tahu apa yang ALLAH dah janjikan untuk kita . "sesuatu" tu pasti dijanjikan untuk kita . dan apa yang DIA janjikan adalah yang terbaik untuk kita . :)
 
 
 
 
mekasheh ya . jangan lupa datang lagi tau ! :)
SELAMAT HARI GURU MAMA DAN CEKGU !





5.13.2011

tips mencerahkan kulit muka :)



assalamualaikum sayangs semua ^^



wahhhh ~ lama betol kan ceq majok dengan blog ni . kesian ceq tengok dah tak bermaya . sampai blogspot problem sampai semua nanges nanges pon ceq buleh buat tak tahu je . kejam sungguh kan . hati batu , kepala batu , jiwa batu sungguh . :P



iklan sat :


pehh , putih melepak . nampak sangat edit -.-'


sekembalinya ceq dalam dunia blogging ini adalah untuk mengsharekan tips untuk korang semua tentang bagaimana mendapatkan kulit putih suci murni lagi putih melepak seperti muka makhluk biru di atas . *nampak sangat menipunye . -.-'


TIPS


1. duduk diam diam selama sebulan di rumah tanpa keluar dari rumah walau sekali pon nescaya kawan kawan akan tanya . "ehh kau pakai krim ape nih ?"

2 . time adik korang pergi sekolah , korang buleh curik curik amek kapur kasut sekolah dia . alaa , sikit je apa ada hal kan ?

3 . paling senang , tak payah tunggu sebulan , seminit pon dah putih . tempek bedak sejuk time nak keluar rumah . lagi berkesan . kompem semua orang dok pandang je terpegun korang putih sangat !



haish , macam macam cara sekarang orang nak putih kan ? sampai sanggup buat macam macam . tapi sebenarnya putih ke gelap ke , tak ada beza pon . janji hati cerah , jiwa terang . betol tak ? ^^

tips yang bagi kat atas nuh saja saja je boring boring nak share dengan korang . hihi , sebenarnya , kalau orang nak pandang muka kita suci , murni , saji , ehh . senang je . selalu lah ambil wuduk . lepas tu selalu lah cuci muka tu . time cuci muka tu jangan lupa baca selawat ke atas nabi . insyaallah , muka kita walaupun jerawat bertempek , insyaallah lebih cerah lebih terang dari yang kita bayangkan . sejuk je orang tengok .


insyaallah ye anak anak . sekadar itu perkongsian cikgu untuk kali ini . jumpa lagi di rancangan tomato golek golek lain kali . taaa ~ ^^


sebelum tu , meh pergi tengok awek cun kat sini
yang ni memang putih licin betol . ^^




mekasheh ya . jangan lupa datang lagi tau ! :)




5.06.2011

surat cinta hadiah untuk mama :')



MAMA , 



mama , 15 jun 1990 mama lahirkan iqa :


iqa tahu mama sakit masa lahirkan iqa .
mama dah lahirkan anak yang perempuan yang comel sangat . *perasan sat :P
iqa sempat minum susu mama sekejap je sebab mama kena bedah , ada nanah .
kesan pon ada lagi sampai sekarang .
walaupun sekejap je , iqa tahu rasa susu tu mesti sedap lebih dari rasa susu tepung .


tengok comel giler kan ! :P


mama , masa iqa kecik kecik :


mama suap iqa makan .
mama mandikan iqa .
mama pakaikan baju iqa .
mama buatkan susu iqa .
mama basuhkan berak kencing iqa .
mama bawak iqa jalan jalan .
mama dodoikan iqa tidur .


mama , masa iqa dah besar sikit :


mama hantar iqa pergi sekolah .
mama hantar iqa pergi mengaji .
mama hantar iqa pergi tuisyen biar iqa pandai .
mama marah iqa kalau iqa malas solat .
 mama bagi iqa duit belanja untuk sekolah .
iqa tak minum susu tepung dah sebab tak sedap . :P


 see . dari kecik camwhore . jangan salahkan ibu mengandung . tapi salahkan gaya posing  korek idong tak senonoh . -.-'


mama , sekarang iqa dah besar : 

iqa dah cantek . *perasan giler -.-'
 iqa dah habis pon belajar .
 iqa dapatkan pointer yang tinggi untuk mama abah .
iqa belajar untuk mama abah .
hasil didikan dan jagaan mama abah iqa jadi pandai .
kadang kadang iqa malas , tapi iqa buat semua untuk mama abah .
mama abah bagi duit lagi untuk iqa walapun iqa dah besar .
iqa tolong mama pulak iron baju pergi sekolah .
iqa pulak buat kerja rumah .
tapi semua tu tak cukup untuk balas jasa mama .


sekarang :

mama dah besarkan iqa .
iqa taknak jadik malas malas .
mama masih tanggung iqa .
 iqa nak sambung belajar .
iqa nak kerja .
iqa takde pape nak bagi sekarang .
walaupun iqa takde pape nak bagi , tapi iqa sayang mama .
mungkin iqa takde duit nak belikan hadiah mahalmahal , nak makan kat hotel mahalmahal .
iqa cuma ada hati je untuk bagi pada mama .
iqa sayang mama .


terima kaseh lahirkan anak yang ayu dan comel ye mama . :P


iqa akan kuatkan semangat untuk terus hidup . iqa nak jadik seorang anak yang taat . mungkin iqa pernah kecik kan hati mama , tapi percayalah , iqa takde niat untuk buat mama menangis . mungkin kadangkadang iqa malas bila mama suruh , iqa mintak maaf . iqa banyak dosa pada mama . iqa mintak maaf sangat mama . iqa sayang mama .

iqa tak tahu apa nak jadik masa akan datang . iqa tak tahu kalau iqa boleh hidup tanpa mama abah nanti . iqa cuba nak jadik yang terbaik . iqa nak balas semua jasa . iqa nak berikan semua yang iqa ada untuk mama abah . sekarang mungkin iqa takde pape , tapi satu hari nanti insyaallah .

iqa selalu doakan mama , abah , dan semua semoga keluarga kita menjadi keluarga yang bahagia , dirahmati ALLAH , diberkati ALLAH . mama doakan kejayaan kitorang semua juga ye . ^^

mama , iqa tak tahu nak luahkan perasaan iqa . tapi ni lah yang terbuku kat hati iqa . mama ampunkan segala dosa dosa iqa sebelum dan selepas ni ye . selagi iqa masih bernyawa dan bernafas , iqa akan jaga mama . mama selalu pesan syurga bawah telapak kaki ibu kan ? lepasni iqa urut kaki mama ye . ^^

mama , iqa dah besar . iqa dah 21 sekarang . iqa pon bakal jadik ibu . hihi , lama betul mama jaga iqa . layan kerenah iqa dengan dorang semua . kejap je masa berlalu . terlalu banyak pengorbanan yang mama dah bagi . sekarang sampai bilabila , masa untuk iqa jaga mama pulak . ^^

gambo lame . adehh kena amek gambo bebanyak nih . pasni kite amek gambo bebanyak ek mama ? ^^


mama , sayanggg mama sangatsangat !
iqa tahu mama baca , sebab iqa post kat wall mama . hihi ^^
SELAMAT HARI IBU , mama !
mmmuahhh ! 
*ni je ade hadiah untuk mama :)




saya suka stalk orang . hati hati dengan saya ! hahaha !



assalamualaikum lalings semua ^^


mood : mencari ketenangan *tetibe -.-'



celcom dah main sound sound pulak kan time time camnih . apa salahnya bagi kita guna lebih limit sikit kan berukbeng nih . bagi lah can nak hupdate blog ni kan . langsung tamo mengalah lah celcom nih . -.-' tapi pape pon celcom baik hati . *bodek



lama tak buat iklan . iklan sat ye . ^^



saje nak tunjukkan keenakkan menda alah tuh kat korang . *padahal tomato je . 
perot tengah lapo pulak -.-'




back to our story la kan , ceq kekadang memang sukak sangat nak p terjah serbu secara berhemah dan diam diam kat page orang yang ceq suka . *err kantoi di sini -.-'


kekadang jugak ceq perasan , bila kita stalk orang agak banyak jugak pekdahnya kan ? *faedah tak reti eja . korang tak rasa berpekdah ke stalk stalk orang ? kalau dah jadik si penanam lemak je kat rumah macam ceq nih menda tak pekdah pon jadik berpekdah . haha . 



1 . dapat tahu orang tu buat apa . *makan ke , diet ke . -.-'

2 . dapat tahu perkembangan orang tu . *kembang ke , kurus ke . -.-'

3 . dapat tahu dia masih single , divorced , married blablabla . *buleh masuk line . -.-'

4 . dapat mengusha gambar gambar terbaru dia . *motip : rindu . -.-'

5 . dapat tahu perasaan dia . marah ke , happy ke . *tengok status pon kita tahu kan ? boleh LIKE :P

6 . dapat tahu apa yang dia suka dan tak suka . *tak caye ? try stalk orang dulu :P

7 . pehhh dah dah . lebih lebih pulak . -.-'




aiseyy . maaf lah . ceq kalau stalk orang memang sukak over . so , u better watch out ! hahaha ! -.-'


tapi ekceli kekadang stalk orang pon boleh buat kita geram kan . contohnya kalau status orang tu "ouh i lapyu somuch timoh ! " "oouh i lapyu ali !" <-- haaa kan kita dah jeles kat situ . lagi lagi kita ni single . kekeke 



takpon status orang tuh " ouh i hate u ! hate hate hate ! pergi berambus ! " <-- err kan dah sentap . sungguh tidak elok ayat kasar macam tu . buatlah status lembut lembut sikit kan . *ehh tak de motip sungguh citer pasal status . -.-'




tapi kalau korang nak stalk pon biar kena pada tempat lah kan . janganlah korang gatal gatal nak stalk exboipren or exgelpren korang . bukan ada pekdah pong . nanti korang jugak makan hati . siapa susah ? jiwa raga zahir batin korang jugak terseksa . 




kesimpulannya , lakukan lah aktibiti berpekdah sepanjang masa anda beronline dan di mana saja anda berada . sekian . -.-'










takdek motip sungguh entri kali nih .
bosan ahh nak g carik entri orang lain sat . -.-'

mekasheh ya . jangan lupa datang lagi . :)



 
Fully Design By Izza sakura | For SIMATAFANDA2013 ©| Best View: Google Chrome