assalamualaikum lalings ! ^^
model : udang pasar lambok siam
pagi tadi gua rajin giler pulak g tolong mama gua kopek udang nak masak mee bandung . gua tolong kopek udang jer salin kulit . kalau gua cakap gua yang masak kompem korang tak caya kan ? lalalala ~ dengan penuh sopan santun lemah gemalai ala ala tarian sijundai ar gua kopek udang tu . maklumlah anak dara buat kerja kan . halusssss giteww . then, secara tiba tiba udang tu masih hidup lagi rupanya ! demm ! *okefine gua tipu .
udang tu membalas tuba kepada gua . gua tak tahu r tang mana part body sexy mexy *boleh jadik keyword ni -..-'' udang tu yang cocok gua sesuka hati . gua kopek lembut lembut kot . habis ibu jari kanan gua luka berdarah dan gua sangat marah !
lu olang tahu jela kan , gua ni mahlok rajin . bila gua nak buat kerja gua tak boleh nak guna ibu jari gua ni . gua rasa sangat terseksa batin meronta ronta apabila jari gua sudah tidak normal . gua terpaksa buat kerja guna sembilang jari okeng .
kini gua tak boleh membasuh pinggan kilat kilat . malah terkena air pong sangat pedih . jari gua memang ada masalah kulit nipis . *bukan doktor yang cakap . gua pong tak tahu apa masalah . cepat sangat luka . ouh mungkin gua lupa bubuh losyen sinaran UV kot kat jari .
*hanya alasan tak boleh buat kerja. keji giler.
p/s : itulah kisah gua ilang ibu jari .
mekasheh kerana membaca .
gua sangat sedih sebenarnya hari ini . ;p