8.21.2016

Permulaan Diet Atkins | Atkiners


Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera semua.

3 tahun oii tak blog. Aku rasa jari jemari pun dah kematu nak taip. Blog dah macam bebudak tak cukup umur. Haha. Pedulik kan semua tu. Insyaallah yang pasti penulisan kali ni lebih matang dan lebih kepada sharing aku yang gemuk dahulu sudah menjadi kurus sekarang. Haha. 

September 2013

"Weii! Gemuknya kau! Kau makan banyak sangat kuih raya ea?"-Si Os

Pehhhh! Kau bayangkan perasaan aku time tu. Dah lah budak lelaki weh yang tegur. Aku pun tak kenal rapat dengan dia. Setakat sekelas waktu belajar Sem 3 UTHM dulu. Berani banget Si Os ni selamber badak sumbu cakap aku macam tu. Sobsob. Lepas dia tegur aku sentap nak mampuih dan serta merta pergi timbang and guess what? Berat aku 68kg woii! SANGAT BERAT untuk aku yang renek 153cm je tahu. Jalan pun peha bergesel. Seluar pun cepat koyak tang peha. *If you know what I mean. Huhu.

BERAT: 68kg
TINGGI: 153cm

Korang bayangkan lah betapa 'BADAK' nya aku dulu. Hmm. Sebagai seorang pompuan yang GEMUK tipu lah kalau tak rasa down kan. Aku jadi LOW SELF CONFIDENCE nak ngadap orang. Lagi2 nak buat presentation semua. Ya Allah macam2 rasa time tu. Mungkin korang akan cakap "alaaa ingat sampai 200kilo. Rilek arr! Ramai lagi gemuk dari kau." Ehhh suka hati aku lah badan aku. Haha. 

Start dari situ aku yang sentap ni pun gigih lah mencari mengoogle segala mak nenek cara nak bagi kurus. Lepas tu entah dari mana aku terjumpa pasal DIET ATKINS. Aku jumpa lah blog http://taknakgemuk.blogspot.my/ . Maka dari situ lah bermula lah misi kurus aku. 

Yes, pada mulanya aku diet sebab aku sedih yakmat yang aku ni GEMUK GEMUK GEMUK malu dengan orang walaupun aku ni kategori gadis comel ketika itu. LOL. Tapi lama-lama aku sedar, diet bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat. Lagi-lagi jenis aku ada keturunan kencing manis. Sumpah takut weh bila fikir. Kau nak ke sakit tua nanti? Kau ingat senang ke orang nak angkat badan kau yang BADAK tu? Tu je aku fikir kenapa aku nak kurus. Aku tak sanggup nak susahkan orang lain sebab badan aku yang gemuk ni. Aku memang suka overthinking ni. Kehkeh.

Aku rasa next entry aku akan share dekat korang pulak macam mana aku buat Diet Atkins dan berapa banyak aku loss weight sepanjang aku atkins. Aku tak malu nak share dengan orang aku yang gemuk dulu sebab aku nak semua orang sihat dan cantik sama-sama. Mungkin secara lahiriah korang rasa biar gemuk janji sihat. Tapi pada aku tak ada istilah GEMUK TAPI SIHAT. Nah aku belanja gambar time gemuk. Jangan tak percaya. 

APRIL 2013
OGOS 2013
OGOS 2013

Kbai.








 
Fully Design By Izza sakura | For SIMATAFANDA2013 ©| Best View: Google Chrome