8.21.2016

Permulaan Diet Atkins | Atkiners


Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera semua.

3 tahun oii tak blog. Aku rasa jari jemari pun dah kematu nak taip. Blog dah macam bebudak tak cukup umur. Haha. Pedulik kan semua tu. Insyaallah yang pasti penulisan kali ni lebih matang dan lebih kepada sharing aku yang gemuk dahulu sudah menjadi kurus sekarang. Haha. 

September 2013

"Weii! Gemuknya kau! Kau makan banyak sangat kuih raya ea?"-Si Os

Pehhhh! Kau bayangkan perasaan aku time tu. Dah lah budak lelaki weh yang tegur. Aku pun tak kenal rapat dengan dia. Setakat sekelas waktu belajar Sem 3 UTHM dulu. Berani banget Si Os ni selamber badak sumbu cakap aku macam tu. Sobsob. Lepas dia tegur aku sentap nak mampuih dan serta merta pergi timbang and guess what? Berat aku 68kg woii! SANGAT BERAT untuk aku yang renek 153cm je tahu. Jalan pun peha bergesel. Seluar pun cepat koyak tang peha. *If you know what I mean. Huhu.

BERAT: 68kg
TINGGI: 153cm

Korang bayangkan lah betapa 'BADAK' nya aku dulu. Hmm. Sebagai seorang pompuan yang GEMUK tipu lah kalau tak rasa down kan. Aku jadi LOW SELF CONFIDENCE nak ngadap orang. Lagi2 nak buat presentation semua. Ya Allah macam2 rasa time tu. Mungkin korang akan cakap "alaaa ingat sampai 200kilo. Rilek arr! Ramai lagi gemuk dari kau." Ehhh suka hati aku lah badan aku. Haha. 

Start dari situ aku yang sentap ni pun gigih lah mencari mengoogle segala mak nenek cara nak bagi kurus. Lepas tu entah dari mana aku terjumpa pasal DIET ATKINS. Aku jumpa lah blog http://taknakgemuk.blogspot.my/ . Maka dari situ lah bermula lah misi kurus aku. 

Yes, pada mulanya aku diet sebab aku sedih yakmat yang aku ni GEMUK GEMUK GEMUK malu dengan orang walaupun aku ni kategori gadis comel ketika itu. LOL. Tapi lama-lama aku sedar, diet bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat. Lagi-lagi jenis aku ada keturunan kencing manis. Sumpah takut weh bila fikir. Kau nak ke sakit tua nanti? Kau ingat senang ke orang nak angkat badan kau yang BADAK tu? Tu je aku fikir kenapa aku nak kurus. Aku tak sanggup nak susahkan orang lain sebab badan aku yang gemuk ni. Aku memang suka overthinking ni. Kehkeh.

Aku rasa next entry aku akan share dekat korang pulak macam mana aku buat Diet Atkins dan berapa banyak aku loss weight sepanjang aku atkins. Aku tak malu nak share dengan orang aku yang gemuk dulu sebab aku nak semua orang sihat dan cantik sama-sama. Mungkin secara lahiriah korang rasa biar gemuk janji sihat. Tapi pada aku tak ada istilah GEMUK TAPI SIHAT. Nah aku belanja gambar time gemuk. Jangan tak percaya. 

APRIL 2013
OGOS 2013
OGOS 2013

Kbai.








10.27.2013

Apabila Profesor Kelong berbicara.


Assalamualaikum.


Korang bayangkan tau bayangkan perofesor kelong ni gua. Bayangkan tau gua yang bermadah-madah bahsa omputih lagiteww sambil tergeliat lidah tergigit gigi seratusnampulohdarjah! Tapi gua kompius ni Profesor Kelong ke Profesor Gelong. Bhahaha. --.--'



Sekian. Dari saya bakal Perofesor Momei terkenal di dunia. Kahkah. -.-''




P/s : Gua terlampau busy sampai harihari ketiak basah rasa nak nangeh jahh! So, this is my spirit quote of the day. :')


9.28.2013

TomatoKering is now SiMataFanda.


Assalamualaikum,


Masih sedar diri. Kengkadang kompius jugak gua ni blogger lagi ke idak? lagi ke idak? lagi ke idak? *Style ala jijan rajak. Mungkin jugak korang tertanta-tanya ke mana gua menyorokkan diri selama ini. Jangan risau gua masih boleh makan dengan penuh napsu lagi. Bhahaha. Gua nak taip ni pun dah ala-ala parkinson kemain menggeletar tangan kalah jawab final exam. 

Disebabkan masalah kerinduan dengan blog, masalah kerinduan nak mesra-mesra dengan blogger lain macam zaman pipi kempis dulu membuatkan gua mencari-cari balik identiti blog gua. Jenuh gua carik mak jemah mak munah mak bidan kampung nak suruh edit blog sarangtebuan ni. At last jumpa jugak cik maya ni haa yang sudi runtuhkan dan bina balik blog gua ni. Sampai hujung dunia tau carik baru jumpa. Sadis. :')




URL still tomatokering.blogspot.com lagi ^_^


Disebabkan gua sangat obses dengan vinatang bernama fanda makanya segala-galanya gua tukar jadik Fanda yang momeyy! Yang paling gua suka gegirl dekat header gua yang sarung baju fanda tu. Siyes momeyy macam gua! Sumpah tak tipu! Lagi satu yang gua suka: ce korang jeling button facebook & instagram kat sebelah tu dengan perasaan tak jeles. Hikhik. *Gelak gedik sangat. --..--''

Berjuta-jutaan terima kasih dekat Cik Maya sebab sudi edit kan blog sarangtebuan menjadi blog yang simplyOmeyMomey and suka sangatsangatsangatsangatsangat! Muahmuah! :* Simple & Cute adalah tema blog gua kali ni. *Hamboih macam redkapet bagai kalah makjemah siap bertema khen. 

Siapa nak tempah cepat sebab harga memang berpatutan sebab gua search semua limaplohhinggit ke atas. Tak mampu lagi. T_T



Follow : Blog Cik Maya

P/s: Yang penting dengan blog baru yang gua bagi nama Si Mata Fanda ni dapat menyemarakkan lagi angin kus-kus gua untuk gigih mencari idea buat para peminat yang merindui blog Tomato Kering dahulu. Puihh sangat.


ikhlas dari,
SiMataFanda yang kalau boleh taknak berhenti menaip seratuih kilometer panjangnya.
Sekian.

 
Fully Design By Izza sakura | For SIMATAFANDA2013 ©| Best View: Google Chrome